Rabu, 27 Jun 2012

Persediaan sebelum memancing

Ragam kaki pancing sememangnya berbeza antara satu sama lain. Ada yang 'bikin' trip mengejut, tanpa sebarang persediaan rapi, cukup hanya dengan set pancing, terus sahaja pergi memancing. Ada juga trip yang dirancang masih lama, tetapi persiapan rapi dilakukan setengah tahun atau setahun lebih awal.


             BIASANYA trip ini trip memancing agak lama dan tempoh jauh lokasinya seperti memancing di pelantar minyak, luar negara dan juga trekking sungai pergunungan. Membuat persediaan awal, adalah perkara yang baik dan harus sentiasa dipratikkan, bukan setakat hanya pergi memancing, tetapi juga dalam apa juga perancangan kehidupan seharian. Dalam setiap perkerjaan yang dilakukan biarlah bersistematik dan apa yang penting jika berlaku sebarang musibah atau kesulitan kita sebenarnya telah cukup bersedia menghadapinya.
             Sebenarnya rezeki banyak atau sikit ia perkara di luar bidang kita. Soal ini, biarlah kita serahkan pada yang Maha Esa. Apa yang penting, dalam merancang dan mahu laksanakan satu perancangan itu perlulah dilakukan sebaik mungkin dan terancang dan tidak pula berlebih-lebihan. Ingat, ketika melayan hobi memancing ini, keperluan lain perlu sama difikirkan, iaitu soal keperluan kewangan keluarga. Jangan hanya seronok memancing, dapur berasap atau tidak, soal susu anak, persekolahan anak-anak langsung diabaikan. Sila pastikan sebelum turun memancing, semua perkara ini telah anda lengkap dan diselesaikan terlebih dahulu.
            Bila sudah ada bersedia dan melaksanakan perkara wajib, secara tidak langsung sesebuah trip memancing itu akan menjadi selesa dan barulah ia menjadi trip yang terbaik buat anda.

INFO - CHECKLIST


1. Alat memancing - Lakukan persiapan sebaik mungkin. Jika perlu membeli sebarang peralatan baru, lakukan lebih awal. Buat tabungan untuk perbelanjaan anda setiap bulan. Sebelum turun memancing periksa set peralatan telah siap. Ingat jangan sesekali mengharapkan kawan anda ada menyediakan perambut, mata kail untuk anda melainkan rakan anda menawarkan barangan mereka sekiranya anda betul- betul tiada atau tertingal.

2. Bekalan makanan dan minuman - Perut tidak berisi ibarat mesin yang tidak bermaya. Sebelum turun memancing, senaraikan keperluan makanan dan minuman, dapur, bekas memasak untuk tempoh berapa lama anda turun memancing. Jika berkumpulan, muafakatlah apa yang masing-masing perlu dibawa. Bawalah sedikit makanan di dalam tin seperti sardin sebagai insuran jika tidak berhasil medapat tangkapan.

3. Jaket keselamatan - Jika menyewa bot, pastikan bot yang anda bayar itu ada memiliki jaket keselamatan. Jika tidak membebankan dan juga ingin lebih selesa, boleh bawa jaket keselamatan sendiri. Malang tidak berbau, mana tahu jaket keselamatan yang disediakn sudah uzur atau tidak cukup.

4. Pakaian, Khemah - Jika berhasrat memancing lebih 3H 2M, rancanglah bawa pakaian yang ringan, mudah kering dan tidak membebankan membebankan beg anda.

5. Kasut, selipar jepun - Jika memancing di sungai, gunalah kasut yang sesuai, selesa, selamat dan tidak berat.

6. Baju hujan - Cuaca sukar diramal, kecuali musim panas terik. Bawalah set baju hujan ketika memancing.

7. Topi - Item wajib yang perlu ada. Bukan sahaja melindungi kepala dari panas terik matahari . Jika memancing musim panas, anda perlulah kerap minum banyak air.

8. Ubat -ubatan - Jangan sesekali mengabaikan ia. Setidak-tidaknya bawalah kit kecemasan mini ketika memancing.

9. Parang - Ia wajib tersisip di pinggang, terutama kepada mereka yang gemar memancing di sungai di dalam hutan.

10. Tali - Sekurang-kurangnya 10 meter wajib dibawa. Ia mampu memberi kemudahan yang tidak dijangka, sama ada keguanaan berkhemah atau kecemasan.

11. Wisel - Masa bilakah ia berguna? Sekiranya bot anda rosak, tersesat, tiuplah ia untuk menarik perhatian orang lain.

12. Plastik sampah besar - Selain fungsi untuk membawa pulang sampah, ia boleh juga berguna untuk menyimpan pakaian, beg dan peralatan penting sekiranya hujan turun lebat dengan tiba-tiba.

13. Lampu - Samada , lampu suluh, headlamp, lampu ayam, lampu karbaid boleh digunakan semasa dalam kegelapan.

14. Bekas ikan/ Ais batu - Fikirkanlah bekas yang sesuai untuk aktiviti memancing anda.

15. Rokok, pemetik api - Benda yang dianggap penting oleh sebilangan kaki pancing tetapi ia memuadaratkan. Biarpun ia menjadi teman setia sementara menunggu umpan diragut, ingatlah berpada-pada. Jang asyik bersambung berasap sehingga terpaksa 'Pau' member sebelah. Pemetik api, biarlah bawa lebih, sebabnya pemetik api asyik kena pinjam dengan member, basah, hilang 'perkara biasa' ketika memancing.

16. Kenderaan dalam keadaan tip top - Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang sempurna agak perjalanan anda ke lubuk memancing dalam keadaan lancar dan selamat.

17. Peralatan riadah - Solat tiang agama. Bawalah pakaian bersih dan kelengkapan untuk bersolat dan jangan lupa berdoa untuk keselamatan dan dikurniakan rezeki yang baik untuk diri dan keluarga.



Artikel dari Majalah Umpan 101.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan